<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d34111665\x26blogName\x3dMacam-macam\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://macam-rojak.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://macam-rojak.blogspot.com/\x26vt\x3d7709037535980354840', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

 

Macam-macam Perkara,macam-macam hal,Lagu Ada,Software Ada,Handphone Ada,Berita-News Ada,video ada,Apa-apa pun Ada

Google

Hyundai Accent RXS


ORIENTAL-Hyundai Sdn Bhd akan mempersembahkan kepada umum di seluruh negara Hyundai Accent dan Elantra yang dilengkapkan dengan kit kemasan badan serta pintu sayap.

Kah Bintang Auto Sdn Bhd, bahagian pemasaran Oriental-Hyundai yang terbabit dalam pengedaran rangkaian kenderaan Hyundai yang dipasang di Malaysia (CKD), buat kali pertama menzahirkan kepada orang ramai model konsep Hyundai Accent RXS Bodykit yang turut menampilkan pintu bersayap.

Pengubahsuaian meluas terhadap Hyundai Accent sejak beberapa lama telah menukar kereta ini menjadi varian Hyundai WRC. Berpegang kepada konsep penambahbaikan yang sama, kedua-dua model berkembang daripada varian masing-masing RXS dan RX Gold Bodykits kepada sistem pintu sayap yang inovatif yang boleh dibuka pada sudut 60 darjah, 70 darjah dan 90 darjah.

Penambahbaikan berkenaan diperkemaskan lagi bagi memastikan prestasi dinamik Hyundai Accent dan Elantra dipertahankan tetapi pada masa sama mempertingkatkan rupa dan gaya kereta berkenaan, yang mana gaya sebegitu biasanya hanya ada pada kereta sport mewah seperti Lamborghini.

Sistem pintu sayap disokong menerusi penggunaan keluli bermutu tinggi yang dihasilkan menerusi kejituan kejuruteraan bagi memastikan kesepadanan dengan menggunakan perisian AutoCAD. Topang suntikan gas yang menampung pintu bagi memastikan kelancaran operasi dan tahan lama.

Selaras dengan pengumuman Dasar Automotif Nasional (DAN) semua rangkaian kereta yang diedarkan termasuk Elantra S2.4Gold dan Accent menikmati penjimatan sehingga RM13,919.19.

posted by Abu71 @ 17:08,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home