<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d34111665\x26blogName\x3dMacam-macam\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://macam-rojak.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://macam-rojak.blogspot.com/\x26vt\x3d251176256256052094', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

 

Macam-macam Perkara,macam-macam hal,Lagu Ada,Software Ada,Handphone Ada,Berita-News Ada,video ada,Apa-apa pun Ada

Google

Kongsi sambungan ke internet

SAMBUNGAN ke internet boleh dikongsikan dengan cara mudah tanpa perlukan perisian tambahan jika menggunakan Sistem Pengoperasian Windows 2000 atau XP.

Dengan perkongsian sambungan itu, komputer lain boleh mengakses sambungan internet yang digunakan tanpa membuat bayaran tambahan.

Ada dua perkara yang perlu dilakukan sebelum sambungan internet boleh dikongsikan. Pertama penetapan di bahagian perisian dan kedua ialah penambahan perkakasan di bahagian sambungan.

Bahagian pertama, perisian:

Anda perlulah mengaktifkan arahan supaya sambungan internet boleh dikongsi. Untuk itu ikutilah arahan berikut:

1. Pilih: Start > Control Panel > Network Connections

2. Pilih sambungan Internet yang ingin anda kongsikan dengan menekan butang tetikus sebelah kanan di atas sambungan terbabit.

3. Pilih: Properties > Advanced > Klik Allow other network to connect through this computer’s internet ccnnection dan pastikan anda memilih Local Area Connection jika ingin memberikan kebenaran untuk internet itu diakses melalui LAN.

Bahagian kedua perkakasan:

Komputer peribadi (PC) anda perlu ada pelabuh LAN. Bagaimanapun, kebanyakan PC dan laptop kini mempunyai pelabuh itu. Jika tidak mempunyai pelabuh LAN, anda dikehendaki menambah kad LAN. Kosnya kurang daripada RM50.

Jika sudah ada pelabuh LAN, satu perkakasan yang diperlukan untuk membolehkan perkongsian oleh beberapa komputer ialah Switch. Harganya kira-kira RM120 bagi Switch yang mempunyai empat pelabuh.

Jika ingin berkongsi sambungan internet menerusi teknik tanpa wayar atau konsep WiFi, anda hanya perlu membeli peralatan yang dinamakan Wireless Access Point. Dengan cara ini pengguna lain boleh mengakses sambungan internet anda asalkan mereka ada kemudahan WiFi.

Dengan adanya semua peralatan dan pengaktifan perisian ini, sambungan internet di komputer sudah dikongsikan dan boleh digunakan oleh beberapa komputer lain serentak.

Jangan lupa ruang teknologi ini boleh diikuti setiap hari di udara melalui siaran Klasik Nasional FM pada jam 10.20 pagi dan melalui KLFM 97.2 dari Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi.

http://rim.dapat.net/azli.

posted by Abu71 @ 01:26,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home