<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d34111665\x26blogName\x3dMacam-macam\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://macam-rojak.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://macam-rojak.blogspot.com/\x26vt\x3d7709037535980354840', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

 

Macam-macam Perkara,macam-macam hal,Lagu Ada,Software Ada,Handphone Ada,Berita-News Ada,video ada,Apa-apa pun Ada

Google

Planet baru "Kekalutan"

LOS ANGELES: Sebuah planet kerdil baru yang terletak amat jauh daripada matahari dan menjadi punca penyingkiran Pluto sebagai planet ke-9 sistem suria, kini dinamakan Eris.

Eris yang berukuran 115 kilometer lebih lebar daripada Pluto adalah yang paling jauh dalam sistem solar iaitu 14.5 juta kilometer jaraknya dari matahari.
Dinamakan sempena nama dewi Greek yang bermaksud "Kekalutan" itu diumumkan Kesatuan Astronomi Antarabangsa, semalam.
Ia berlalu beberapa minggu selepas kumpulan astronomi atau pakar kaji bintang profesional melupuskan kedudukan Pluto sebagai planet berdasarkan garis panduan definisi planet yang penuh kontroversi.
Pluto ditemui pada 1930 sebaliknya dikenali sebagai "dwarf planet" atau "planet kerdil" tanpa jisim.
Eris yang ditemui tahun lalu sebelum ini dikenali sebagai 2003 UB313. Namun, penemuannya itu turut mencetuskan debat apakah takrifan sebenar sebuah planet.
Ini turut menyaksikan perbalahan di kalangan pakar astronomi yang ada di antaranya berpendapat Eris sepatutnya disenaraikan sebagai planet ke-10 kerana lebih besar daripada Pluto.
Namun, pihak lain sebaliknya berpendapat yang Pluto tidak layak pun digelar planet kerana saiznya yang terlalu kecil.
Berikutan pertikaian itu, 2,500 pakar astronomi yang berkumpul di Prague bulan lalu mengundi dan memutuskan status baru Pluto sebagai "dwarf planet" bersama dengan Eris dan asteroid Ceres. Tetapi kini, Eris sebaliknya disahkan sebagai planet.
Saintis yang menemui Eris, Michael Brown dari Institut Teknologi California menyifatkan nama Eris itu sesuai, biarpun sebelum ini menamakannya "Xena" sempena siri televisyen popular Xena:Warrior Princess.
Mitos Greek menyatakan Eris adalah punca pergaduhan di kalangan dewi yang mencetuskan Perang Trojan. Dalam realiti, Eris turut memaksa saintis berbalah mengenai takrifan sebenar planet yang membawa kepada penyingkiran Pluto.
Malah, selepas Pluto disingkirkan, beratus-ratus saintis mengedarkan petisyen membantah keputusan itu.
Selain Eris, bulannya yang dinamakan Gabrielle, teman Xena turut diberi nama rasmi Dysnomia - nama anak Eris yang bermaksud semangat jahat atau tidak menurut undang-undang. - AP

INFO Eris

Berita Harian

posted by Abu71 @ 01:40,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home