<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d34111665\x26blogName\x3dMacam-macam\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://macam-rojak.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://macam-rojak.blogspot.com/\x26vt\x3d7709037535980354840', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

 

Macam-macam Perkara,macam-macam hal,Lagu Ada,Software Ada,Handphone Ada,Berita-News Ada,video ada,Apa-apa pun Ada

Google

Hantar faks guna modem PC

TEKNOLOGI faksmili atau faks sudah diterima pakai perniagaan di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat mempunyai nombor faks sendiri. Untuk menghantar dokumen dalam bentuk faks, seseorang perlu ada mesin faks dan talian telefon.

Mesin faks berfungsi dengan mengimbas dokumen yang dimasukkan ke dalam mesin faks yang mana maklumat ditukarkan menjadi bentuk digital dan seterusnya dihantar menggunakan kaedah bunyi kepada peralatan faks penerima.

Mesin faks penerima pula menukarkan semula maklumat yang dihantar di dalam bentuk bunyi itu ke dalam bentuk digital dan seterusnya mencetak maklumat di atas kertas.

Sebenarnya kita juga boleh menghantar faks tanpa menggunakan mesin faks. Ia boleh dihantar secara terus menggunakan modem yang sedia ada di dalam komputer kita.

Untuk menghantar faks menggunakan modem komputer, kita hanya perlukan perisian yang membolehkan dokumen ditukar ke format faks dan seterusnya dihantar melalui talian telefon kepada mesin penerima faks yang biasa.

Dengan cara ini kita boleh menghantar faks di mana sahaja kita berada asalkan ada talian telefon.

Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk menghantar faks melalui modem, antara yang popular perisian MightyFax yang boleh diperoleh di www.mightyfax.com.

Jika anda menggunakan komputer laptop yang modemnya sudah sedia dipasang, penghantaran faks menjadi lebih mudah.

Selepas perisian dipindah turun dan dipasang di komputer, anda hanya perlu menyambungkan talian telefon ke modem berkenaan. Pastikan talian itu talian yang boleh digunakan oleh telefon biasa, kerana talian telefon digital yang terdapat dikebanyakan pejabat atau hotel mempunyai tenaga elektrik yang boleh merosakkan modem.

Jika talian yang digunakan memerlukan anda menekan nombor 9 terlebih dahulu, maka tambahkan simbol koma (,) selepas angka 9 yang mana ia akan mengarahkan modem untuk menunggu selama dua saat sebelum mendail nombor seterusnya.

Perisian MightyFax juga boleh menerima faks yang dihantar daripada faks biasa ke komputer. Bagaimanapun, anda perlulah mengarahkan perisian untuk menjawab penerimaan faks ini sama ada secara automatik atau manual. Arahan itu boleh dilakukan di dalam perisian itu sendiri.

Dengan teknik menghantar faks menggunakan komputer itu, anda tidak lagi perlu untuk mencetak dokumen yang hendak dihantar, dan satu dokumen boleh dihantar kepada beberapa penerima secara automatik tanpa mendail dan memasukkan dokumen ke dalam mesin faks satu persatu.

Labels:

posted by Abu71 @ 08:14,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home