Lailatul Qadar malam penyucian segala dosa
09 October 2006
MALAM yang terbaik bagi umat Nabi Muhammad SAW adalah malam Lailatul Qadar. Pada malam berkenaan turunnya rahmat Allah dan keselamatan dicurahkan ke seluruh bumi. Saat itu insan yang menadah tangan dihujani pahala dan keampunan. Satu malam beribadat balasan sama dengan anda beribadat selama 83 tahun.
Walaupun umur kita jarang boleh sampai ke aras itu, anugerah ini adalah sebagai tanda kecintaan Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW.
Mengapa kemungkinan besar ia datang pada malam ganjil 10 terakhir Ramadan? Sedangkan saat itu manusia sibuk menyambut Syawal yang akan menjelang.
Betapa beratnya ujian untuk tetap menghiasi malam dengan sembahyang, membaca al-Quran, berdoa dan beristighfar. Bagaimanakah kaedah untuk menguatkan hati dan mencergaskan tubuh badan pada malam Lailatul Qadar itu?
Membuka ikatan syaitan
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ''yaitan mengikat pada leher kamu ketika kamu tidur dengan tiga ikatan. Jika seseorang bangun dan berzikir kepada Allah, terlepaslah satu ikatan, jika dia berwuduk, terlepaslah satu ikatan lagi dan apabila dia bersembahyang, terlepaslah semua ikatan (yang terakhir).''(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Dengan begitu, dia bangun dalam keadaan bersemangat, gembira dan merasai ketenangan. Tetapi jika dia tidak melakukannya, tidak bangun, berzikir, berwuduk dan bersembahyang, maka pada waktu pagi dia akan bangun dalam keadaan malas.
Mengajak ahli keluarga bangun sembahyang
Rasulullah SAW pernah mengetuk pintu rumah Fatimah dan Ali pada suatu malam, supaya keduanya melakukan sembahyang sunat.
Dalam hadis riwayat al-Imam Bukhari, Ummul Mukminin, Ummu Salamah berkata, Rasulullah SAW pernah bangun pada waktu malam, baginda berkata: ''aha Suci Allah, apakah fitnah yang turun pada malam ini? Apakah ada khazanah yang diturunkan bagi sesiapa yang suka membangunkan isteri-isteri di dalam bilik-biliknya? Wahai mereka yang berpakaian di dunia tetapi telanjang di akhirat'' (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)
Pada suatu hari, Abdullah bin Umar bermimpi mengenai keadaan di dalam neraka, beliau diperlihatkan keadaan orang yang menjadi penghuninya. Hingga beliau berasa amat takut dan meminta perlindungan Allah.
Ketika itu, Abdullah bin Umar masih kecil. Kebiasaan apabila sahabat bermimpi mereka akan menceritakannya kepada Rasulullah SAW.
Abdullah menyampaikan kisah mimpi itu kepada saudaranya Ummul Mukminin Saidatina Hafsah isteri Baginda SAW, lalu Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ''ebaik-baik lelaki dialah Abdullah sekiranya dia mahu bangun sembahyang pada sebahagian malam.''(Hadis Imam al-Bukhari)
Berdoa dan istighfar
Ummul Mukminin Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW: ''ahai Rasulullah, sekiranya aku bertemu dengan Lailatul Qadar apakah doa yang harus aku baca? Jawab Baginda SAW: ''acalah doa; Ya Allah sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan kepada hamba-Mu. Engkaulah Tuhan yang suka Mengampunkan segala dosa maka ampunilah diriku.''
Siapalah kita tanpa doa dan permohonan. Begitu lemahnya manusia di sisi Allah SWT. Semua usaha yang kita lakukan bergantung harap kepada belas ihsan Allah.
Orang yang tidak mahu berdoa dan bertaubat mencabar kekuasaan Tuhan, kerana dia rasa dirinya selamat dan boleh bergantung penuh kepada hasil usahanya sendiri.
Sebaik-baik taubat adalah menyesal dan mengubahnya dengan amal salih. Kita dilahirkan ke dunia sebagai hamba yang amat memerlukan Tuhannya.
Sikap sentiasa menyesali diri dan berwaspada melakukan dosa mesti sentiasa diamalkan kerana bukanlah bernama manusia jika ia tidak berdosa. Malam Lailatul Qadar boleh menjadi malam penyucian segala dosa.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ''arang siapa yang sembahyang pada malam Lailatul Qadar kerana iman dan pengharapan akan rahmat Allah, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.''(Hadis Riwayat al- Bukhari dan Muslim)
Hanya mereka yang menghiasi malamnya dengan ibadat dan siangnya dengan sabar serta reda saja yang berhak ke atas anugerah Ramadan ini. Sedangkan yang lalai, yang cukup bagi mereka hanyalah lapar dan dahaga sahaja
Labels: Renungan
posted by Abu71 @ 09:22,